Aaron Aziz Bakal Duta Pelancongan Melaka?

by admin on February 28, 2012

in Acara Pelancongan, Uncategorized

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

images 12 Aaron Aziz Bakal Duta Pelancongan Melaka?

Pelakon sensasi kelahiran Singapore dan banyak mengukir nama di Malaysia ini bakal jadi duta pelancongan Melaka???  Wah gempaklah melaka…Dulu Datuk Shahrukh Khan sekarang Aaron Aziz…Moga-moga tahun ni lagi bertambahlah jumlah pelancong datang Melaka kan…Jom kita baca artikel ni..

MELAKA 27 Feb. – Pelakon popular, Aaron Aziz disebut-sebut bakal menjadi Duta Pelancongan Melaka dalam usaha menarik lebih ramai rakyat Singapura berkunjung ke negeri ini.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Katil, Azlinda Zubir berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk dibincangkan.

“Satu perbincangan akan diadakan antara Ketua Menteri dan Aaron sebelum sebarang keputusan untuk melantik pelakon berasal dari Singapura itu sebagai Duta Pelancongan Melaka,” katanya ketika ditemui pada program Bual Bicara Bersama Ketua Menteri di Seri Bendahara di sini semalam.

Aaron yang terkenal dengan filem Ombak Rindu enggan mengulas mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, beliau merasa teruja mendapat pelawaan daripada Mohd. Ali kerana ia merupakan pengalaman yang cukup berharga buatnya.

“Saya rasa tak percaya apabila diberitahu bahawa Ketua Menteri ingin berjumpa, memang saya rasa teruja dan terharu atas pelawaan tersebut.

“Ini peluang keemasan, bukan senang dijemput dan diberi kesempatan untuk sepentas dengan beliau. Saya anggap ini pengalaman yang tidak boleh dibeli,” katanya.

Pelakon yang mula diperkenalkan di kaca televisyen tempatan menerusi siri Haryati musim kedua di RTM2 pada 2004 itu menjadi tumpuan pada program tersebut yang dihadiri kira-kira 600 belia.

::P/S: Adakah Aaron Aziz juga dapat gelaran Datuk juga??hihihi…Apa-apa pun semoga apa yang dirancang oleh kerajaan Melaka ianya bakal melonjakkan nama Melaka di mata dunia kelak…

Leave a Comment

Previous post:

Next post: