Jelajah basikal 750 tahun Melaka cipta sejarah

by admin on January 4, 2012

in Berita Melaka, Uncategorized

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Jelajah basikal 750 tahun Melaka cipta sejarah

MELAKA 3 Jan. – Program Jelajah Berbasikal Melaka sempena sambutan 750 tahun penubuhan Melaka yang melengkapkan laluan sejauh 254 kilometer semalam dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).

MBR mengiktiraf program dua hari itu sebagai konvoi berbasikal mengharungi laluan terpanjang dan membabitkan ramai peserta iaitu 16,000 orang.

Lebih istimewa apabila Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang mengetuai program itu berjaya menamatkan kayuhan selama dua hari yang turut menjelajah kesemua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada hari pertama, Mohd. Ali berjaya melengkapkan laluan sejauh 126 kilometer sebelum disusuli jarak 128 kilometer bagi menamatkan kayuhan sempena program itu di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Diiringi kira-kira 500 peserta termasuk ahli Exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai, beliau berjaya ke garisan penamat kira-kira pukul 6.20 petang.

Program kayuhan basikal itu diadakan sebagai pembuka tirai sambutan 750 tahun penubuhan Melaka yang akan diadakan selama setahun sehingga 31 Disember ini.

Mohd. Ali dalam ucapan selepas acara itu berkata, kejayaan melengkapkan kayuhan sejauh 254 kilometer itu dan diiktiraf oleh MBR membuka lembaran baru kepada negeri ini yang sudah mencecah usia 750 tahun.

“Sambutan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat cukup membanggakan dan perkara ini mungkin tidak dapat dilakukan tanpa kerjasama daripada semua pihak,” katanya.(Sumber Utusan)

Leave a Comment

Previous post:

Next post: