
Kalau dah sampai ke Melaka dan tahu nak rasa makanan apa boleh la cuba masakan Baba & Nyonya…Boleh tahan sedapnya.. Jika tak rasa manakan tahu sedap ke tidak..Kadang-kadang cakap orang tak boleh percaya 100% kita kena cuba sendiri… Merupakan gabungan makanan Cina tetapi menggunakan rempah ratus masyarakat India dan herba-herba yang sering digunakan oleh masyarakat Melayu.

Antara hidangan yang boleh dicuba ialah otak-otak (isi ikan), sup itik, laksa lemak (mi dan udang bersama kuah laksa bersantan), jantung pisang, mi siam dan nasi kunyit. Sebagai pembuka selera, anda boleh mencuba sagu Melaka (sagu biji bersama air gula) dan kuih koci (tepung pulut berinti kelapa parut).

Jom skodeng kat mana yang ada masakan ni…
- Restoran Ole Sayang
No. 198 – 199 Taman Melaka Raya, 75000 Melaka- Restoran Nyonya Makko
No. 123, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
- Cozy Station Cafe
No 22, Jalan TTC 13,
Taman Teknologi Cheng,
Cheng
75250 Melaka- Restoran Banyonya
No. 164, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka- Restoran Bibik Neo
No. 4 & 6, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
- The Peranakan Delight
No. 5, Jalan Laksamana, 75000 Melaka- Restoran Seafarer
No. 1516, Batang Tiga, Tanjung Kling, 76400 Melaka- Restoran Nyonya Suan
No. 12 & 14, Jalan PM3
Plaza Mahkota, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- Restoran Indah Sayang
No. 138, Jalan Melaka Raya, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka- Restoran Manis Sayang
No. 618 & 617, Jalan Melaka Raya 10
Taman Melaka Raya, 75000 Melaka
- Restoran Double Ocean
No. 73, Jalan Melaka Raya 24, 75000 Melaka- Restoran Kapitan House
No. 71 & 73, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka- Nancy’s Kitchen
No. 6, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka
Jika anda tahu di mana kedai yang sedap untuk masakan Baba dan Nyonya ni boleh la kongsi bersama ya….Kalau ada tempat-tempat baru yang menyediakan masakan ni pun leh share…Berkongsi maklumat kan bagus…
Sumber:www.melaka.gov.my