Satu Lagi Muzium Di Melaka..Jom Datang Tengok..

by admin on November 14, 2011

in Tempat Menarik

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Satu Lagi Muzium Di Melaka..Jom Datang Tengok..

Mari berkunjung Ke Melaka cut sekolah ini bagitulah yang boleh di beritahu kerana satu lagi tempat menarik yang boleh di lawati di Melaka.. Sungguh banyaktempat-tempat baru yang telah di bina bagi tujuan pelancongan..Marilah kita sama-sama menghabiskan masa bersama keluarga di Negeri Hang Tuah ini..

 

MELAKA: Pembinaan projek Muzium Kapal Selam di Dataran 1Malaysia Klebang, di sini, yang menelan belanja RM12.6 juta dijadual siap 17 Disember ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 akan dibawa naik ke darat melalui jeti sementara yang akan dibina pada minggu ini bagi membolehkan kerja mengecat dilakukan.

Menurutnya, sebagai permulaan, satu pameran kapal selam berkenaan akan dibuka kepada orang ramai selama 10 hari bermula 22 November ini.

“Selepas itu, pameran ini akan dihentikan dalam tempoh dua minggu bagi membolehkan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) menjalankan kerja mengecat keseluruhan kapal selam itu.

“Penduduk tempatan khususnya masyarakat di sekitar Klebang wajar memanfaatkan kemudahan baru itu yang bertujuan menarik lebih ramai kunjungan pelancong luar melawat Melaka pada setiap tahun,” katanya ketika melawat perkembangan tapak projek pembinaan Muzium Kapal Selam di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha memperkenalkan Muzium Kapal Selam itu seiring dengan komitmen kerajaan negeri untuk mempelbagai produk pelancongan negeri sejajar dengan status Melaka sebagai destinasi tumpuan pelancong di negara ini.(SUmber Metro)

 

::P/S: Haraplah servis yang di berikan memuaskan kepada para pelancong..Semoga Melaka akan menjadi buah mulut semua pelancong yang datang ke Melaka dengan keindahan dan layanan penduduk setempat..

{ 2 comments… read them below or add one }

jaafar abdullah November 25, 2011 at 10:16 am

Gamaknya Melaka perlu diubah nama kepada MELAKA DARUL MUZIUM kerana saya dapati Negeri Melaka mempunyai terlalu banyak muzium ketika ini. Tidak dinafikan kewujudanya banyak menyumbang kepada kebaikan terutama bagi generasi akan datang. Malangnya ada sebuah muzium khas untuk kereta lama kalau tak salah namanya MUZIUM AUTO yang terletak di Ayer Keroh , muzium itu kelihatan lesu dan tidak berpengunjung. Unjuran saya kalau nak buat sesuatu biarlah berpada elakkan pembaziran.

  (Quote Komen Ini)

Reply

AMS January 29, 2012 at 8:16 am

Homestay Rumah Kedai Taman Asia Selatan Jasin RM100 ini sesuai untuk pelawat kerana lokasinya yang amat strategik dan kemudahan asas yang disediakan mencukupi. Berhampiran dengan Kolam Ayer Panas HotSpring Bemban.
Alamat: JB7768 Tingkat Atas, Taman Asia Selatan, Jasin Melaka (Sebelah Tupperware)
Selesa untuk 20 orang
Kemudahan:3 B.Tidur 2 B.Mandi; 2 Katil Queen, 10 Tilam single+airkond
Blog: http://jasinhomestay.blogspot.com/
0123736548

  (Quote Komen Ini)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: