Orang Melaka Cakap Kasau?

by admin on February 8, 2011

in Bahasa Melaka

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Orang Melaka Cakap Kasau?

Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra. Berkenaan dengan senarai bahasa Melaka akan kami kongsikan di artikel yang alan datang. Nantikan.

Macam kami katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……

“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Adakah Orang Melaka Cakap Kasau?

View Results

loading Orang Melaka Cakap Kasau? Loading ...

{ 23 comments… read them below or add one }

Samad February 9, 2011 at 10:25 am

betulah. Oarang melaka kalau cakap macam longkang

  (Quote Komen Ini)

Reply

Balak February 12, 2011 at 12:33 pm

Ni mesti pernh ada pengalaman kecik ati dengan orang Melaka
tu yang kutuk semacam aja

  (Quote Komen Ini)

loofa February 9, 2011 at 12:43 pm

samad : kte org tgk jgk, kalo b’ckp ngn org mcm longkang..kite org tpksa la lyn ckp mcm longkang..ada faham??????

  (Quote Komen Ini)

Reply

Dyana February 9, 2011 at 1:26 pm

aku sebagai orang melaka aku rasa apasalahnya cakap kasar2 macam tu
dah cara kami macam tu… jadi orang2 dari negeri2 lain kena la terima
sama la seperti orang kelate yang tak penah nak ubah cara percakapan mereka

  (Quote Komen Ini)

Reply

oPiE iSa February 9, 2011 at 2:26 pm

mmg kasar, tapi xpela, org melaka berterus terang. luaran je kasar, ati semua baik2.
saya bukan org melaka, tp dah agak lama tinggal melake.
org melake jugak lah tu kan? hehe..
kekasaran bahasa tu boleh mengeratkan lagi hubungan tau, bukan jadi gado, suasana jadi happening!
:)

  (Quote Komen Ini)

Reply

tira missu February 9, 2011 at 5:25 pm

betul tu..I s0k0ng kate 0pie isa tu…

  (Quote Komen Ini)

Reply

Nor Saiful March 12, 2011 at 6:48 pm

org Melaka adalah Melayu sejati..=)…

  (Quote Komen Ini)

Reply

Bang Kassim March 31, 2011 at 2:55 pm

betulalah tu..tp memang orang melaka semua baik2 belaka..cakap je kahau..tp hati masing-masing baik..yg penting, diorang xde cakap belakang.

  (Quote Komen Ini)

Reply

miss sha April 8, 2011 at 10:38 pm

org melaka ckp bunyi je mcm kasar..tp hati baik.. :)
tp nasib xbaik dulu pernah kawan dgn org melaka yg cakap kasar.dan maksudnye pun menyakitkan hati.. T_T

  (Quote Komen Ini)

Reply

punggai June 8, 2011 at 12:35 pm

hahaha … tu yang tragis tu

  (Quote Komen Ini)

Aris May 6, 2011 at 11:29 am

Samad:
betulah. Oarang melaka kalau cakap macam longkang

Longkang bole bercakap ??
biar betul ko….. org gile pun xckp dgn longkang….

  (Quote Komen Ini)

Reply

aku June 6, 2011 at 5:04 pm

Dyana:
aku sebagai orang melaka aku rasa apasalahnya cakap kasar2 macam tu
dah cara kami macam tu… jadi orang2 dari negeri2 lain kena la terimasama la seperti orang kelate yang tak penah nak ubah cara percakapan mereka

setuju 110% hahaha

  (Quote Komen Ini)

Reply

punggai June 8, 2011 at 11:18 am

sebagai orang Melaka … saya memang suka cakap “seloroh” maksud seloroh tu bergurau … kalau berborak sesama kaum sure ketawa berdekah-dekah … tapi kalau dengan orang luar dia pandang kita macam alien aja hehe. Tapi saya cadangkan laaa … kalau orang melaka ke tempat orang… tinggal-tinggalkanlaaa budaya kaum kita kat kampung kita aja. Orang-orang kita sahaja yang boleh memahami maksud kata-kata kasar kita tu … walaupun bagi kita ianya hanyalah sekadar gurauan dan hanya sekadar bahasa harian sahaja … tetapi bagi mereka di luar sana yang adat dan budayanya yang berbeza-beza sukar untuk menerimanya… dalam ayat lain “tak semua orang boleh menerima cara kita”. Ada separuh orang kata juga bahasa melambangkan bangsa … bagi saya pula bangsa boleh merubah cara berbahasa. So sebagai rakyat 1 Malaysia jom kita pilih bahasa malaysia original … bahasa jiwa bangsa gitu.

  (Quote Komen Ini)

Reply

ANAK JATI MELAKA June 8, 2011 at 6:33 pm

SUKA HATI KORANG JERH………………. NAK KOMEN PASAL ORANG MELAKA……….. KO ORANG DAH CUKUP BAGUS SANGAT KERH………………. HAWAU…………….

  (Quote Komen Ini)

Reply

Orang Bachang June 13, 2011 at 1:17 am

Dah identiti org melaka cakap camtu, kekalkan aje la. dah masuk tempat org, kenalah ikut rentak org melaka. Apahal pulak nak kena ekjas. lahanat taik kucing. aku tampau kang berpusing..

  (Quote Komen Ini)

Reply

oleng June 16, 2011 at 1:37 am

oh samad.. sgt cetek kepala otak neh..

Samad:
betulah. Oarang melaka kalau cakap macam longkang

  (Quote Komen Ini)

Reply

Aduka Persila October 9, 2011 at 12:04 am

ORANG LUAU KALAU TK TAHU HATI BUDI ORANG MELAKA,JANGAN SEBOK LAA…CKP CM BAGUSSSS…

  (Quote Komen Ini)

Reply

Dak Nescafe December 20, 2011 at 7:12 pm

woi samad!
ni ha owang nak tanye ko… hine sangat ke owang melaka ni?
sampai nak kata mulut kitowang ni MULUT LONGKANG…
dak samad ni nak dengau sangat ke mulut owang melaka nih???
meh owang melaka kite kasi gegau dak samad nih…
nak sangat mulut kite ni mcm mulut longkang! amik nih

  (Quote Komen Ini)

Reply

Dak Nescafe December 20, 2011 at 7:18 pm

Dak Nescafe:
woi samad!
ni ha owang nak tanye ko… hine sangat ke owang melaka ni?
sampai nak kata mulut kitowang ni MULUT LONGKANG…
dak samad ni nak dengau sangat ke mulut owang melaka nih???
meh owang melaka kite kasi gegau dak samad nih…
nak sangat mulut kite ni mcm mulut longkang! amik nih

hidup MELAKA!

  (Quote Komen Ini)

Reply

nyonya April 24, 2012 at 11:33 pm

my mum org singapore , and ayah org kl .. tp sia lahir di melaka ,.
mula2 sy mmg x thu mlka pnya loghat ,sbb ibu ayah sia ckp sperti biasa , lepas sy bergaul sama kwn2 skolah menengah la sia byk belajar tntg melaka .. mse tu la bru sy thu .. so skrg sy mau lebih kenali melaka .. =)
sbb sy dilahirkan di mlka .. ibu ayh sia pun ckp ,sy ni jns ckp kasar tp sy x mencarut ,cma pcakapan ja kasar ..sbb org mlka kot ..hi3 ..

  (Quote Komen Ini)

Reply

Haziq bukit rambai August 11, 2012 at 7:40 am

Hahaha..mcm celakew ,
aku bangge jd anak jati melaka , aku jenis keturunan melake global ade cmpor melayu , arab n cina base lah melaka kan negeri berdagang..Tp org melaka mengikut sejarah yg mengikut rombongan parameswara ada dtg dari palembang , temasik(singapore) , muar, da becampo2 2 la jd kasau hehehe..

  (Quote Komen Ini)

Reply

hang mamud November 22, 2012 at 4:18 pm

Samad:
betulah. Oarang melaka kalau cakap macam longkang

Samad Longkang, mmg puaka lah ko ni…..Nak kena sesah ke? Kalau tak mahu ckp dgn org Melaka, pegi lah ko melokop aup!!..

  (Quote Komen Ini)

Reply

bwabwahan April 15, 2013 at 10:41 pm

samad said itu orang melaka?patutle bahasanya lancar…

  (Quote Komen Ini)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: