Panji Langit Kini Sah Sebagai Ajaran Sesat….Subhanallah…

by admin on January 10, 2013

in Berita Melaka

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Panji Langit Kini Sah Sebagai Ajaran Sesat....Subhanallah...

Mungkin tidak semua orang mengetahui akan hal ajaran sesat di negeri ini jika ianya bukan berlaku di kawasan kita tetapi masyarakat setempat khususnya hendaklah prihatin dengan perlakuan penduduk setempat…Bukan mahu berasa sangsi tetapi ia sekadar mengetahui sesuatu agar tidak terpesong dari akidah…

Nama ajaran sesat ini adalah Panji Langit yang bermarkas di Kampung Chabau Jasin Melaka… Kumpulan ini nampak kian aktif  di Kampung Chabau pada pertengahan tahun 2012 di mana mereka berkumpul dan berzikir pada pertengahan malam pada hari jumaat dan sabtu…Mereka ini berkumpul dari malam sehingga tengahari keesokkan harinya..

JASIN 10 Jan – Polis mengesahkan kumpulan Panji Langit bukan kumpulan militan ekoran penemuan pelbagai senjata dalam kuantiti yang banyak apabila markasnya di Batu 25/1/2 Chabau, Simpang Bekoh dekat sini diserbu Sabtu lalu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye dalam sidang akhbar berkata, kumpulan itu sebenarmya adalah kumpulan ajaran sesat yang mendakwa hari kiamat akan berlaku pada 21 Disember lalu. – UTUSAN

Kumpulan ini juga ada menulis di dalam blognya iaitu PanjiLangit.blogspot.com dimana penulisannya lebih kepada penerangan tentang aktiviti yang dilaksanakan disamping menarik pengikutnya untuk mengetahui perkempangan kumpulan mereka..Ada juga merakam video dimana mereka sedang berinteraksi dengan makhluk halus..

grey Panji Langit Kini Sah Sebagai Ajaran Sesat....Subhanallah...

                                                                                             Antara barang rampasan di markas itu

MELAKA 9 Jan. – Majlis Fatwa negeri telah mewartakan ajaran Panji Langit yang menjalankan kegiatan di sebuah rumah di Chabau, Jasin dekat sini yang diserbu pihak berkuasa pada 5 Januari lalu sebagai ajaran sesat.Seterusnya

::P/S : Awas ketika membaca blog itu PANJI LANGIT..Kita jangan cepat terpengaruh dengan sesuatu perkara tanpa usul periksa dan jangan pula kita menghukum mereka ini kerana pembawa ajaran sesat..Kami berharap mereka akan kembali ke pangkal jalan selepas ini..amin…

{ 1 comment… read it below or add one }

BumiKandisi February 19, 2013 at 10:01 pm

Salam dari kami semoga rahmat Allah untuk kita semua.
Tanggal 9hb Feb 2013 genaplah sebulan daripada tarikh fitnah terhadap kami. Selama sebulan kami memerhati, menyelidik dan menganalisis tentang segala berita dan cerita tentang kami.
Ujian fitnah yang ditempuhi bukan calang-calang. Bagaimana persepsi ahli keluarga kami, sanak saudara, rakan taulan, jiran-jiran malah rakan-rakan sepejabat terhadap kami, sebagai salah seorang pengikut ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Jabatan Agama Islam Melaka. Kami sedar bagaimana mereka cuba menjauhi kami, bagaimana mereka memerhati kami untuk mencari apa sebenarnya yang sesat dalam perbuatan kami. Ada yang menelefon, bertanyakan adakah kami ditangkap, direman, disiasat dan sebagainya. Bagaimana pula tentang nasib keluarga guru kami yang dicemuh masyrakat setempat, berdepan dengan rakan di tempat kerja? Sesungguhnya, hanya Allah yang tahu keperitan yang kami lalui.
Umum mengetahui tentang seluruh Malaysia digemparkan dengan dakwaan ajaran sesat kerajaan Panji Langit yang kononnya bermiripkan kerajaan langit Ayah Pin lahir semula di sebuah kampung di Jasin yang bernama Kg Chabau. Maka tersohorlah sekejap Kg Chabau ketika itu.
Yang menghairankan kami, sang si pengadu amat tahu apa kegiatan yang dilakukan. Malah mereka yang pernah bersama-sama kami ke seluruh pelosok dan ceruk, tiba-tiba lain pula yang dilaporkan kepada pihak berkuasa. Apa sebenarnya maksud tersirat mereka? Adakah mereka hendak sabitkan guru kami dengan kes jenayah seperti di dalam Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971? Kenapa mereka sangat takut sehinggakan meminta perlindungan polis? Fikir mereka, kami seperti mereka, berusaha untuk membalas dendam. Kenapa begitu sekali dendam mereka hanya Allah yang tahu? Yang dipesan oleh guru kami, sentiasa menjadi orang benar dengan Allah SWT.

Fitnah dan kesannya
Dalam Islam, fitnah adalah suatu perbuatan yang amat besar dosanya. Ada hadis yang menyebutkan dosa fitnah adalah lebih besar dari membunuh 70 orang. Hampir kesemua pihak kami adalah mereka yang mencari jalan kebenaran, yang berusaha untuk ikhlas di dalam segenap sudut, sentiasa berusaha untuk menjadi orang yang benar di sisi Tuhan. Ada yang telah terlanjur dan telah insaf, mereka mencari seseorang yang boleh memimpin mereka untuk kembali ke pangkal jalan. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita yang amat jauh dari apa yang kami lakukan, tentang tuduhan ajaran sesat yang bernama Panji Langit. Malah ada akhbar yang menggelarkan Kerajaan Panji Langit. Pelbagai tuduhan di dalam akhbar-akhbar yang mana pengadu juga adalah mereka yang benar-benar tahu apa aktiviti yang dilakukan. Kami telah difitnah. Imam kami yang tanpa penat dan lelah, tanpa menghiraukan masa beliau telah difitnah sedemikian rupa. Maka, sekarang kami amat mengerti dan faham kenapa dosa fitnah adalah lebih besar dari membunuh 70 orang.
Apa perasaan kami yang difitnah, yang mendapat liputan seantero dunia? Sedih, hiba, takut, malu, marah, terganggu emosi, tidak lalu makan dsb. Perkataan-perkataan tersebut mungkin tidak tepat, yang Maha Tahu apa sebenar perasaan kami – hanyalah Allah swt.
Kami juga belajar banyak perkara oleh pengadu, antaranya:
1. Allah bezakan di antara kami yang hanya ikut-ikut dengan yang betul-betul ikhlas.
2. Perwatakan zahir seseorang itu sememangnya bukan ukuran keakraban seseorang dengan Allah. Adakah hafiz lagi dekat dengan Allah? Tidak. Adakah mereka yang lama mendampingi orang yang dekat dengan Allah dijamin? Tidak. Adakah mereka yang bersemangat berkobar2 untuk menegakkan Islam betul2 maksudnya? Tidak. Itu semua adalah hak mutlak Allah swt.
3. Kami disedarkan perwatakan sebenar di antara kami yang mungkin tinggi kedudukannya tetapi tidak semestinya tinggi di sisi Allah. Kadangkala kami sungguh tidak sangka mereka yang kami pernah hormati seketika dahulu tetapi sebenarnya mereka adalah musuh jalan kebenaran, sahabat kepada kebathilan. Apabila tembelang mereka pecah, perangai sebenar mereka amat tidak masuk akal seolah-olah mereka sudah hilang pedoman. Kalau mereka mendakwa mereka benar seharusnya mereka menunjukkan sifat yang mereka lagi benar dari kami tetapi apa yang ditunjukkan adalah sifat tercela seperti memaki-maki depan khalayak, mengambil duit masjid, tidak penat untuk menaburkan fitnah dan sebagainya.
4. Kami juga faham, jika ada di antara kami yang syariatnya tidak benar.. lambat laun akan ditegur Tuhan sekiranya mereka tidak betul2 bertaubat.

Sorotan kes fitnah Aisyah di zaman Nabi
Setelah difitnah secara total, di mana hampir kesemua media massa, media elektronik menayangkan cerita tentang Panji Langit. Dengan emosi yang terganggu dengan fitnah tersebut, kami cuba pujuk hati kami untuk menyusuri kisah-kisah fitnah di zaman nabi-nabi. Bila membaca kisah isteri Nabi Sayidatina Aisyah difitnah, kami seolah-olah dapat memahami perasaan beliau. Kisahnya bermula apabila Sayidatina Aisyah menyertai rombongan perang. Setelah selesai perang mereka terus pulang. Ketika berhenti di suatu tempat berhampiran Madinah, beliau yang baru pulang dari qadha hajat menyedari kalungnya tiada di lehernya. Maka beliau pantas pergi mencari kalung tersebut tanpa disedari beliau ditinggalkan oleh pasukan tentera yang membawa beliau. Beliau dijumpai oleh Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani yang ditinggalkan oleh pasukan tentera keesokan harinya. Maka, peristiwa ini diambil kesempatan oleh orang munafik pada ketika itu iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul yang memfitnah Sayidatina Aisyah dengan Safuan.
Bagaimana terkesannya emosi Saidatina Aisyah malah beliau turut jatuh sakit selama sebulan. Rasulullah pada ketika itu tidak lagi mesra dengan Sayidatina Aisyah malah sudah melakukan perbincangan dengan sahabat-sahabat untuk perceraian. Dengan keadaan yang baru kami alami sekarang, kami seakan dapat mendalami bagaimana penderitaan Sayidatina Aisyah ketika itu. Hanya kepada Allah tempat untuk mengadu. Tatkala saat genting, Saidtaina Aisyah bertanyakan kedua-dua ibubapanya malah mereka pun tidak dapat menolong. Malah kata ibunya, hanya segelintir wanita (pada zaman beliau) yang tidak difitnah apabila menjadi madu. Kami juga faham bagaimana perasaan Nabi Muhammad S.A.W yang runsing, gundah gulana tentang perkara ini. Sehinggalah, Allah SWT menurunkan wahyu menyatakan Saidatina Aisyah R.A sememangnya tidak bersalah.
Pengajaran yang kami hendak sampaikan adalah, meskipun isteri Nabi terkesan dengan fitnah sedemikian rupa, apatah lagi iman kami yang sangat rapuh ini. Ramai di antara kami yang bekerja swasta, awam dan sebagainya. Selepas fitnah yang diletupkan oleh seluruh jentera media massa, elektronik, cetak dan segalanya – Allah betul-betul menguji kami. Di awal penyebaran fitnah itu, ramai di antara kami dihubungi keluarga di kampong, sahabat handai, rakan sepejabat. Mengeruhkan lagi keadaan, ramai yang membuat spekulasi tentang kami, sebagai contoh ada yang mengatakan kami ditangkap, direman, kena masuk lokap.. tak kurang yang mengatakan kami diberhentikan kerja dan sebagainya. Kami tidak menafikan diawal penyebaran fitnah kami di pandang sebagai orang yang sangat sesat… seolah-olah kami solat tangan di bawah dan kaki di atas lagaknya.

  (Quote Komen Ini)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: