Restoran Melayu Melaka Menggamit Ramai Pengunjung Untuk Menjamu Selera

by admin on June 14, 2012

in Restoren Melaka

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Restoran Melayu Melaka Menggamit Ramai Pengunjung Untuk Menjamu Selera

Melakadaily.com : Restoran Melayu Melaka tidak asing lagi bagi penduduk sekitar Melaka dan pastinya sudah ramai telah mencuba masakan di restoran ini.. Bagi pengunjung dari luar Melaka boleh lah mencuba masakan di restoran ini…

Restoran ini terletak berdekatan dengan River Cruise Melaka dan memudahkan lagi bagi pengunjung luar untuk datang menjamu selera di restoran ini..Ianya beralamat Lot 332,kampung Morten KB VIII, 75300 Kampong Tengah,Melaka..Jika anda pengunjung luar boleh la set dekat GPS alamat itu untuk memudahkan…

Antara Yang Menarik Di Restoran Melayu Melaka

  • Menghidangkan lebih 100 juadah aneka masakan Melayu secara bufet dan ‘ala carte’ setiap hari..
  • Dibuka dengan konsep makanan dan dekorasi ala istana Melayu.
  • Mempunyai beberapa gerai kecil yang menempatkan pelbagai makanan..
  • Menghidangkan juadah Melayu dari negeri-negeri lain dalam promosi-promosi tertentu yang akan kita mulakan selepas Ramadan..
  • 13 buah meja akan diletakkan di sepanjang Sungai Melaka bermula pukul 6 petang untuk mengamati keindahan sungai yang diterangi cahaya dan panorama indah Kampung Morten.
Menu Yang Di Sediakan
grey Restoran Melayu Melaka Menggamit Ramai Pengunjung Untuk Menjamu Selera
  • Nasi lemak
  • Tauhu bakar
  • Rojak tauhu
  • Yong tau fu
  • Sate
  • Asam pedas
  • Masak lemak
  • Rendang
** Restoran ini menghidangkan hampir 10 jenis masakan asam pedas untuk dinikmati oleh para pelanggannya pada hujung minggu**
::P/S: Bolehlah mencuba restoran ini jika berkunjung ke Melaka..Banyak lagi yang menarik berada di restoran ini dan anda perlu mencubanya.. Setelah anda datang pastinya anda berpuas hati…

{ 15 comments… read them below or add one }

Ariffin Talib June 21, 2012 at 2:27 pm

Telah lama saya berusaha untuk menghubungi restoren Melayu Melaka di Kampong Morten sebab saya bercadang membawa peserta mesyuarat kami dari 14negara asia dan eropah utk menikmati juadah tradisional/makan malam disana pada 12/7/2012. Sila hubungi saya di emel diatas

  (Quote Komen Ini)

Reply

mohmad hussin July 1, 2012 at 11:12 pm

1 hb 7 2012 malam saya makan d sini,makanan ok,tempat selesa tapi service lambat,hampir 1 jam baru semua juadah sampai,kenapa begini jadi nya?

  (Quote Komen Ini)

Reply

Azlinah Ajis July 5, 2012 at 11:39 am

Sila hubungi saya semula untuk bertanya mengenai pakej Berbuka puasa. Pejabat kami bercadang untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga. No. telefon ofis : 06-3316248 @ 0136247319. Terima kasih.

  (Quote Komen Ini)

Reply

shakeel July 5, 2012 at 12:01 pm

Salam….

Taniah saya ucapkan atas idea dan konsep mempromosikan menu warisan melayu melaka. Namun ada sedikit teguran perlu saya berikan selepas menikmati juadah di tempat tersebut tempohari bersama isteri. pada 1/7/2012 malam.
>Menu air yg diminta (air laici kang dan barli) tiada krn dimaklumkan oleh pekerja/pelayan: “tukang buat tak datang”. Akhirnya…minum air teh tarik yang amat manis.

>Menu makan yg diminta (nasi goreng seafood dan mee goreng biasa). Amat malang kerana menunggu lama kemudian hanya ada 2 ekor udang sahaja dlm nasi goreng seafood tersebut (rencah lain satu pun tiada)

Saya amat kesal dengan penyediaan makanan ala carte disini kerana harga yang tidak setimpal dengan makanan serta kualiti yang diberikan.

Kemudian saranan saya ialah semua petugas/pekerja perlulah dari mereka yang boleh berkomunikasi dengan baik dan mempunya sedikit pengetahuan tentang menu tersebut. Perlu sentiasa cerna,cakna dan peka dengan pelanggan serta citarasa. (tidak dinafikan mmg sukar puaskan hati semua pelanggan dalam satu masa). Namun satu sistem atau standard perlu diperolehi sepertimana mereka yang arif dalam bidang hospitaliti, pengurusan hotel, pengurusan makanan dan sebagainya.

Sekian untuk perkongsian.
Dengan Jujur, Harap Maaf
Shakeel

  (Quote Komen Ini)

Reply

Azlinah Ajis July 25, 2012 at 12:29 pm

Sila hubungi saya semula untuk bertanya mengenai pakej Berbuka puasa. Pejabat kami bercadang untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga. No. telefon ofis : 06-3316248 @ 0136247319. Terima kasih.

untuk pemberitahuan sebenarnya saya bukan agen dari Restauran Melayu Melaka sya sndiri cari no telnya untuk buat jamuan ofis. Minta kerjasama semua jgn call sye.

Tapi saya dh jumpa sendiri no telefon restoran tu 06-2819464 sementara dia bg feedback balik. Harap maklum

  (Quote Komen Ini)

Reply

RANIA August 5, 2012 at 10:00 pm

BUFFET X BERBALOI!no refill!!lambat, nasib x baik la jwbnya

  (Quote Komen Ini)

Reply

suhaimi September 25, 2012 at 9:55 pm

mohmad hussin:
1 hb 7 2012 malam saya makan d sini,makanan ok,tempat selesa tapi service lambat,hampir 1 jam baru semua juadah sampai,kenapa begini jadi nya?

  (Quote Komen Ini)

Reply

suhaimi September 25, 2012 at 10:00 pm

assalamaulaikum! 8.40 mlm 25 sept 2012 dtg seramai 4 org. bahagian servis memberi tahu menu yg ada cuma goreng 2 , ctg mee grg mamak , ng kampung kueh teow & mee hoon sup dan ad 3 jenis makanan barat spaghetty c. chop & french fries…..AMAT MENYEDIHKAN . RESTORAN MELAYU MELAKA ” INDAH KHABAR DARI RUPA” MAAF MKIN BAHASA SAYA TERKASAR… TP INILAH.. HAKIKATNYA…ESOK TENGAHARI SAYA AKAN CUBA MAKANAN BUFFET….SAYA AKAN BG KOMEN LG..

  (Quote Komen Ini)

Reply

suhaimi September 25, 2012 at 10:01 pm

SSS:
assalamaulaikum! 8.40 mlm 25 sept 2012 dtg seramai 4 org.bahagian servis memberi tahu menu yg ada cuma goreng 2 , ctg mee grg mamak , ng kampung kueh teow & mee hoon sup dan ad 3 jenis makanan barat spaghetty c. chop & french fries…..AMAT MENYEDIHKAN . RESTORAN MELAYU MELAKA ” INDAH KHABAR DARI RUPA” MAAF MKIN BAHASA SAYA TERKASAR… TP INILAH.. HAKIKATNYA…ESOK TENGAHARI SAYA AKAN CUBA MAKANAN BUFFET….SAYA AKAN BG KOMEN LG..

suhaimi:

fauziah November 14, 2012 at 1:15 pm

serba serbi lambat kan?…macamana melayu nak maju….

Azlinah Ajis:
Sila hubungi saya semula untuk bertanya mengenai pakej Berbuka puasa. Pejabat kami bercadang untuk berbuka puasa di luar bersama keluarga. No. telefon ofis : 06-3316248 @ 0136247319. Terima kasih.

untuk pemberitahuan sebenarnya saya bukan agen dari Restauran Melayu Melaka sya sndiri cari no telnya untuk buat jamuan ofis. Minta kerjasama semua jgn call sye.

Tapi saya dh jumpa sendiri no telefon restoran tu 06-2819464 sementara dia bg feedback balik. Harap maklum

  (Quote Komen Ini)

Reply

mohd narzaren hasan March 7, 2013 at 9:22 am

Salam Semua, saya Mohd Narzaren Hasan Pengurus Promosi dan Pemasaran Restoran Melayu Melaka (0176330977) ingin mengucapkan banyak terima kasih atas komen dan pandangan anda mengenai RMM.
Untuk Pengetahuan semua pelanggan, kami mengakui kesalahan dan kelemahan kami sebelum ini dan atas sebab itu, kami mohon tuan tuan dan puan puan semua, terus menyokong kami.
Kini kami tampil dengan sedikit perubahan dan pakej pakej jamuan dan perkahwinan boleh didapati di fb Restoren Melayu Melaka fbpages Restoran Melayu Melaka .
akhir kata dari saya, terima kasih dan selamat datang ke RMM

MOHD NARZAREN HASAN
PENGURUS PROMOSI DAN PRMASARAN RMM
0176330977

  (Quote Komen Ini)

Reply

Suliana July 17, 2013 at 3:18 pm

salam… nk ty de x laman web restoran nih?

  (Quote Komen Ini)

Farah July 4, 2013 at 4:04 pm

Ariffin Talib:
Telah lama saya berusaha untuk menghubungi restoren Melayu Melaka di Kampong Morten sebab saya bercadang membawa peserta mesyuarat kami dari 14negara asia dan eropah utk menikmati juadah tradisional/makan malam disana pada 12/7/2012. Sila hubungi saya di emel diatas

jawapan saya baik jangan… indah gambar daripada rasa…..

  (Quote Komen Ini)

Reply

Ariffin Talib July 10, 2013 at 12:05 pm

Ariffin Talib:
Telah lama saya berusaha untuk menghubungi restoren Melayu Melaka di Kampong Morten sebab saya bercadang membawa peserta mesyuarat kami dari 14negara asia dan eropah utk menikmati juadah tradisional/makan malam disana pada 12/7/2012. Sila hubungi saya di emel diatas

Terkenang semula walaupun dah lama berlalu. Terima kasih atas layanan pihak restoren beri kpd tetamu-tetamu kami pada 12/7/2012. Semua berpuashati dan memuji akan makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka. Maaf jika komen saya mengambilmasa yang terlalu lama. Tahniah .

  (Quote Komen Ini)

Reply

mohd.yosdi July 12, 2013 at 2:35 pm

kalau restoran saja yang cantik,tapi masakan tak s,edap tak guna juga ,kena cari tukang masak yang pandai masak loo

  (Quote Komen Ini)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: