Tiket Zoo Melaka naik mulai 2 Januari

by admin on December 30, 2011

in Berita Melaka

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Tiket Zoo Melaka naik mulai 2 Januari

MELAKA 29 Dis. – Tiket masuk dewasa ke Zoo Melaka akan dinaikkan daripada RM7 kepada RM10 berkuat kuasa Isnin ini.

Pengarah Zoo Melaka, Ahmad Azhar Mohammed berkata, harga tiket bagi kanak-kanak bagaimanapun kekal iaitu RM4 atau RM2 bagi yang memakai uniform sekolah.

Manakala harga pakej iaitu pengunjung yang datang dalam kelompok yang ramai, katanya, ia juga dinaikkan daripada RM5 kepada RM8 seorang.

“Kenaikan ini bertujuan menampung kos operasi, penyelenggaraan, makanan dan utiliti yang meningkat sebanyak 20 peratus setiap tahun,” katanya selepas Majlis Penyampaian dan Penerimaan Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka 2011 di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Datuk Abd. Rasid Samsudin.

Ahmad Azhar berkata, kenaikan harga tiket itu bagaimanapun masih meletakkan Zoo Melaka sebagai yang termurah berbanding tiket masuk ke mana-mana zoo di seluruh negara.

Pada majlis itu, seramai 52 syarikat dan individu tampil menghulurkan tajaan dan sumbangan yang keseluruhannya bernilai RM132,095.(Sumber Utusan)

::P/S:Harga tiket da naik harap-harap servis yang di bagi berbaloi la dengan bayarannya..Janganlah hanya menaikkan harga tetapi servis pada tahap yang sama..

Leave a Comment

Previous post:

Next post: