Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Melaka 2012

by admin on July 23, 2012

in Bulan Puasa @ Ramadhan

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Kadar Bayaran Zakat Fitrah Negeri Melaka 2012

Zakat Fitrah Negeri Melaka 2012 : Syukur kita kehadrat illahi kerana bertemukan kita di bulan Ramadhan pada tahun ini..Di Bulan yang mulia ini kita diperintahkan supaya berpuasa selama sebulan..

Di bulan ini juga kita di galakkan bersedekah..Pun begitu zakat fitrah adalah wajib dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan untuk menolong golong yang kurang bernasib baik

Makna Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas semua orang Islam tanpa mengira umur dan di mana sahaja mereka berada untuk menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadhan dan ianya dikeluarkan mengikut kaedah dan peraturan tertentu .

Kadar yang diwajibkan bagi setiap orang ialah satu gantang Baghdad menyamai kira-kira 3 1/ 8 cupak malaysia atau 3 ¼ liter atau 2.56 kilogram.

DALIL WAJIB ZAKAT FITRAH

Diriwayatkan oleh As-syaikhani dari Ibnu Umar r.a beliau berkata yang bermaksud : ” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah bulan Ramadhan sebanyak satu sa’ kurma atau satu sa’ gandum keatas setiap orang yang merdeka , hamba lelaki atau perempuan, besar atau kecil dari kaum muslimin” .

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT FITRAH

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibnu Abbas r.a beliau berkata yang bermaksud : ” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah untuk membersihkan orang yang berpuasa dari perkara ( percakapan / perbuatan ) yang lagha dan tidak ada manfaat .

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka 2012

RM 6.50

Syarat Zakat Fitrah

  • Islam
  • Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
  • Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.

Kewajipan zakat fitrah

  • Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
  • Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Sumber : http://www.e-mosque.com.my, wikepedia

::P/S : Kita digalakkan perbanyakkan amalan sunat di dalam bulan ramadhan ini tetapi kita jangan pula mengabaikan kewajiban yang perlu dilaksanakan kerana itu lebih baik…Jangan Lupa Zakat Fitrah 2012

 

Leave a Comment

Previous post:

Next post: