Zoo Melaka

by admin on October 19, 2011

in Tempat Menarik

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda
  • Sharebar

grey Zoo Melaka

Pengenalan

  • Lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.
  • Zoo Melaka dibangunkan di atas tapak 22 ha di Ayer Keroh, dalam tahun 1963.
  • Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.
  • Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara.
  • Koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia.
  •  Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa. Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun.
  • Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
  • Menjalankan beberapa program untuk mempastikan kelangsungan spesies yang terancam, seperti pembiakbakaan kurungan (pembiakan dalam kurungan) dan penyelidikan.
  • Pembiakbakaan kurungan yang berjaya dijalankan di Zoo Melaka termasuk harimau belang, harimau kumbang, cipan, kambing gurun, kijang dan rusa.
  •  Binatang yang boleh didapati di zoo ini termasuklah Panda Merah, binatang dari keluarga panda tetapi berlainan dari panda yang sering dikaitan dengan simbol negara China.
  •  Taman mini safarinya di mana pengunjung boleh berjalan di sepanjang titian kayu untuk menyaksikan binatang dari jarak dekat. Buat masa ini, terdapat kira-kira 80 binatang dari 16 spesies yang dibiarkan bebas dalam kawasan safari seluas 1.5 hektar ini.
Lokasi
  • Terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.
  • Lebih kurang 13 km dari pusat bandar Melaka
  • Kurang 3km dari plaza tol Ayer Keroh
  • Berhadapan dengan Mcd Ayer Keroh
Aktiviti
  • Pertunjukan pelbagai binatang
  • Sesi fotografi bersama binatang selepas pertunjukan(orang utan, burung dan ular)
  • Pertunjukan gajah
  • Sesi fotografi bersama gajah selepas pertunjukan
  • Memberi makan kepada gajah
  • Menunggang gajah dan kuda
  • Setiap hujung minggu, cuti am dan cuti sekolah
  • Perkhidmatan Tram
  • 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
    (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Sahaja) “Free-Ranging” Orang Utan

    • Isnin hingga Ahad (kecuali Jumaat)
    • 9.00 pagi – 5.00 petang
Waktu Lawatan
  • Setiap hari pada waktu pagi iaitu dari 9.00 pagi – 6.00 petang
  • Untuk Safari Night pula  Jumaat dan Sabtu, sehari sebelum cuti umum dan cuti sekolah pada pukul  8.00 malam hingga 11.00 malam
Bayaran Yang Perlu
  • Bergambar bersama gajah menggunakan kamera individu : RM 2.00
    Memberi gajah makan : RM 2.00
    (11.00 pagi – 12.00 tengahari dan 4 petang – 5 petang sahaja)
  • Menaiki Gajah Atau Kuda
  1. Dewasa RM2.00
  2. Kanak-kanak RM1.00
  • Pada sebelah pagi
  1. Dewasa (13 tahun dan ke atas)
  2. Harga biasa – RM 7.00
  3. Harga pakej – RM 5.00
  4. Kanak-kanak (5-12 tahun)
  5. Harga biasa – RM 4.00
  6. Harga pakej – RM 2.00
  7. Pelajar Sekolah dengan Uniform
  8. Harga biasa – RM 2.00
  9. Harga pakej – RM 2.00
  10. Kamera Video
  11. Harga biasa – RM 10.00
  12. Harga pakej – RM 10.00
  • Pada Sebelah Malam
  1. Dewasa (13 tahun dan ke atas)
  2. Harga biasa – RM 10.00
  3. Harga pakej – RM 8.00
  4. Kanak-kanak (5-12 tahun)
  5. Harga biasa – RM 5.00
  6. Harga pakej – RM 4.00
Nota : Kamera, kamera video dan lampu suluh tidak dibenarkan dibawa masuk ke Night Zoo
grey Zoo Melaka
grey Zoo Melaka
grey Zoo Melaka
grey Zoo Melaka
grey Zoo Melaka
grey Zoo Melaka

Leave a Comment

Previous post:

Next post: