
9 April 2023 Bukit Katil
YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia Dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya telah mengadakan lawatan sambil mengedar bubur lambuk bersama penduduk setempat di Surau Ubudiah Jalan Imam Kadir Bukit Katil. Pengerusi suraunya , Tuan Nor Jamal Nemat yang sudab memegang kepimpina selama lebih kurang 10-12 tahun memaklumkan bubur telah mula dimasak sejak pukul 10pagi lagi.
Sebanyak 140 bekas bubur telah diagihkan kepada penduduk setempat dan modal bubur lambuk ini disediakam melalui derma atau sumbangan kepada tabung surau sendiri dalam RM500.
Bubur lambuk surau ini sangat istimewa kerana mengandungi keunikan isi dalamnya iaitu daging, udang, cili, lobak, jagung, daun bawang, bawanh goreng, rempah rempah khas yang memyebabkan bubur ini bukan sahaja kelihatan pekat malahan memang padu.
Selepas edaran bubur lambuk, YB solat jemaah zohor sekali bersama mereka yang berada di surau.