Buffet Ramadhan Puteri Bay Hotel Melaka Pantai Puteri

BERMINAT UNTUK MENIKMATI BUFFET RAMADHAN SELERA KAMPUNG MEWAH BAK PUTERI?

iNi DiA S𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜

Puteri Bay Hotel Melaka kini bersedia dengan kepelbagaian menu 𝐵𝓊𝒻𝑒𝓉 𝑅𝒶𝓂𝒶𝒹𝒶𝓃 bermula 25 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dengan menyajikan pelbagai masakan bertemakan 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜.

Hidangan 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 ini pastinya menjadi tarikan ramai masyarakat di luar sana yang menggemari masakan tradisional Melayu dan sekali gus membuatkan mereka mengimbau kembali kenangan perjalanan percutian di kampung.

Keistimewaannya di sini, para pengunjung boleh menikmati suasana berbuka puasa dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa dan desiran ombak yang mendamaikan, menjadikan Puteri Bay Hotel Melaka sebagai tempat pilihan dari kesibukan bandar.

Antara sajian istimewa hasil air tangan Chef Saiful, Chef Eksekutif Puteri Bay Hotel Melaka untuk 𝐵𝓊𝒻𝑒𝓉 𝑅𝒶𝓂𝒶𝒹𝒶𝓃 bertemakan 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 adalah Ayam Kerutuk, Kambing Bakar, Gulai Kawah Daging Cincang, Masak Lemak Siput Sedut, Perut Rebus Air Asam dan banyak lagi.

Dalam pada itu, antara menu hidangan utama lain yang menjadi pilihan ramai adalah Ayam Percik Puteri, Daging Masak Kuzzi, Lala Tumis Serai Berlada, Daging Masak Merah, Rendang Daging, Ikan Masak Lemak Kuning, Perut Rebus Air Asam, Ikan Keli Goreng Berlada, Gado-gado, Ikan Bakar Air Asam, Rojak Mamak, Satay, Otak-otak, ulam-ulaman Melayu dan lain-lain.

Tidak lupa juga kepada pengunjung yang menggemari masakan berkuah, Puteri Bay Hotel Melaka turut menyajikan menu-menu seperti Laksa, Mi Kari, Bihun Sup dan Char Kway Teow.

Sebagai tambahan, terdapat juga menu antarabangsa yang boleh dicuba seperti Vietnamese Spring Roll, Pandan Chicken Ala Thai dan Mala Oden yang sudah semestinya menu kegemaran di kecil.

Bukan itu sahaja, kepada penggemar manisan pula harus mencuba pelbagai aneka pencuci mulut seperti kuih-muih tradisional, puding, bubur kacang hijau, sagu gula melaka dan pelbagai lagi menu yang lain.

Bagi melengkapi hidangan yang ada, sudah tentunya aneka buah-buahan segar dan pelbagai jenis jeruk buah turut disediakan.

Sungguh ‘mewah’ aneka juadah 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 yang disajikan, namun harganya tetap berpatutan dan sangat berbaloi. Puteri Bay Hotel Melaka menawarkan 𝗣𝗥𝗢𝗠𝗢𝗦𝗜 𝗕𝗔𝗨𝗖𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗦𝗔: 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝟱 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝟭 (1 baucar dewasa berjumlah RM68.00).

Selain daripada tawaran promosi terhad ini, pengunjung masih boleh menikmati harga yang berbaloi iaitu RM68.00 untuk dewasa, RM35.00 untuk warga emas 60 tahun ke atas, kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dan warga istimewa.

Sepanjang bulan Ramadan, Puteri Bay Hotel Melaka turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk hidangan di waktu sahur.

Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Isyak.

Sebarang tempahan untuk berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman atau mahu mengadakan majlis sepanjang bulan Ramadan, boleh hubungi melalui panggilan telefon mahupun aplikasi WhatsApp di talian di bawah:

📱https://wa.me/601165232166
📱https://wa.me/601165242166
📱https://wa.me/60182339898

Sebarang promosi berkenaan 𝐵𝓊𝒻𝑒𝓉 𝑅𝒶𝓂𝒶𝒹𝒶𝓃: 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗘𝗦𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗜 boleh dirujuk di laman sosial Facebook (Puteri Bay Hotel Melaka), Instagram (@puteribayhotelmelaka) atau TikTok (@puteribayhotelmelaka)

𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐛𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐚𝐲 𝐇𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐨𝐭𝐞𝐥 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 Perbadanan Wakaf Nasional Berhad, 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 Yayasan Waqaf Malaysia 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝟐𝟎𝟏𝟏 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐨𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐦𝐩𝐫𝐞𝐡𝐞𝐧𝐬𝐢𝐟 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟏 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏.

*𝘔𝘦𝘯𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘶 𝘤𝘢𝘥𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘳𝘶𝘣𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘱𝘪𝘯𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘱𝘪𝘩𝘢𝘬 𝘱𝘦𝘯𝘨𝘶𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘴𝘶𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘢𝘥𝘢𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘴𝘢.

*𝘵𝘦𝘳𝘵𝘢𝘬𝘭𝘶𝘬 𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘢 𝘥𝘢𝘯 𝘴𝘺𝘢𝘳𝘢𝘵

#bufet #ramadan #bukapuasa #iftar #seleradesa #puteribayhotelmelaka #pantaiputeri #melaka #kambingbakar #desaputeri #pantaiklebang #malacca #ayamkerutuk #kambingbakar #oden #satay #charkueyteow #cendol #bazarramadan2023 #bulanbintang

Leave a Reply

You are currently viewing Buffet Ramadhan Puteri Bay Hotel Melaka Pantai Puteri