KEMBARA KEJORA ‘UNVEIL ITS WONDER 2023’ EPiSOD 1

KEMBARA KEJORA ‘UNVEIL ITS WONDER 2023’
EPiSOD 1 : WELCOME TO JungleWalla Desaru JungleWalla Tours JungleWalla Nature Tours

Tarikh : 4 Mac 2023 (Sabtu)
Masa : 8pagi
Anjuran ; Tourism Malaysia Wilayah Selatan – Johor

Rakan-rakan media telah dijemput menyertai program ini untuk mempromosikan Desaru dan team wartawan Melaka Daily bertuah menjadi salah satu daripada mereka.

Apabila kami bertolak dari tempat menginap kami dan sampai di sini, kami disambut oleh Tuan rumah dengan ramah sekali. Walaupun hujan renyai, namun ia tidak menghalang kami menyaksikan keindahan flora yang terjaga di sana.

Sesuai dengan namanya ‘Jungle’ & ‘Walla’ , sudah tentu tuan rumah menitikberatkan keadaan hutan sekitar atau memelihara kesempurnaan ekosistem di sini. Jadi, aktiviti pertama kami adalah kami diajar dan diberi peluang untuk menanam baru benih salah satu spesis pokok yang seakan teratai di kawasan sekitar.

Sebelum hujan menjadi lebat, saya sempat bergambar dan menghirup udara segar di kawasan tasik berdekatan.

Terima kasih penganjur yang menjemput kami.

FB: @Tourism Malaysia Wilayah Selatan – Johor
IG: @tourismmalaysiasouthernregion
FB: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)

Leave a Reply

You are currently viewing KEMBARA KEJORA ‘UNVEIL ITS WONDER 2023’ EPiSOD 1