
PERINGATAN MESRA: MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PEJABAT SSM NEGERI MELAKA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YB Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
- Dimaklumkan bahawa bagi “ Majlis Perasmian Bangunan Pejabat SSM Negeri Melaka” akan diadakan mengikut ketetapan sepertimana berikut:
Tempat : SSM Melaka
Tarikh : 18 Mac 2023 (Sabtu)
Masa : 9.30 pg – 12.30 tgh
Tentatif : Seperti di lampiran
- Sehubungan itu, YB Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan yang telah memberikan maklumbalas kehadiran bagi meraikan Majlis Perasmian Bangunan Pejabat SSM Negeri Melaka menghadirkan diri seperti ketetapan yang telah dinyatakan seperti di atas.
Segala kerjasama YB Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.